Jumat, 30 November 2007

Penjara Abu Ghraib

GHRAIB merupakan penjara yang terletak di Abu Ghraib, Iraq, 32 kilometer di barat Baghdad. Bangunan penjara ini merangkumi 280 ekar (115 ha) dengan jumlah 24 menara kawalan. Terdapat lima kawasan berpagar dalam kawasan tersebut. Sel tahanan dalam penjara tersebut seluas empat kali empat meter dan mengurung 40 tahanan setiap satu. Pihak Pakatan Amerika Syarikat menggunakan tempat ini sebagai Kemudahan Pembetulan Baghdad, walaupun ia kekal dikenali dengan nama rasmi asalnya.

Pada penghujung April 2004, rancangan 60 Minutes menyiarkan cerita mengenai salah layanan dan penderaan tahanan Iraq oleh sekumpulan kecil tentera Amerika Syarikat. Cerita tersebut termasuk gambar penderaan tahanan, yang tidak sesuai bagi mereka yang berusia di bawah 17 tahun dan mereka yang tidak gemarkan keganasan atau gambaran seksual sederhana.

Semenjak kejatuhan regim Ba'athist Saddam Husain, penjara ini telah digunakan sebagai pusat tahanan oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat yang menjajah Iraq, menahan lebih dari 5,000 orang, sesetengahnya dituduh pemberontak, sesetengah dituduh penjenayah dan yang lain tanpa tuduhan.

Laporan Jeneral TagubaMenurut laporan lima puluh tiga muka surat yang disediakan oleh Major General Antonio Taguba dari tentera Amerika Syarikat, ketika dalam tahun pertama penjara Abu Ghraib beroperasi di bawah seliaan Amerika Syarikat, dianggarkan 60% daripada tahanan di penjara Abu Ghraib bukannya "ancaman kepada masyarakat." Proses penyaringan amat lemah sehinggakan orang awam yang tidak bersalah sering ditahan tanpa had.

Seawal Jun 2003, Amnesty International menyeru penyiasatan berkecuali mengenai sistem tahanan Amerika Syarikat di Iraq, berasaskan gambaran tidak direkodkan mengenai keadaan di dalamnya.

Rujukan Seymour M. Hersh kepada laporan Jeneral dalam "Torture at Abu Ghraib" (Penyiksaan di Abu Gharaib), pada isu 10 May 2004 dalam The New Yorker. Tuduhan lain mengenai salah layanan yang serius oleh tentera Amerika Syarikat dan Birtish diacukan kepada pusat tahanan Abu Ghraib dan pusat tahanan lain di Iraq. Pada Januari 2004, seorang MP menjumpai gambaran digital mengenai penderaan pada CD-ROM ketika dia memproses gambar bagi rakan tentera.

Dia melaporkan gambar tersebut, menyebabkan komander pakatan Lt. General Ricardo Sanchez untuk memerintah Taguba untuk menyiasat. Dua penyiasatan lanjut turut dijalankan. Laporan rahsia Taguba, bertarikh 4 April 2004, menuduh penjara Abu Ghraib luar kawalan. Pengawal mencipta undang-undang mereka sendiri dan menyelia menurut pereturan mereka sendiri dan penyelia menyokong tindakan mereka. Kaki tangan tidak mengawasi tahanan, tidak mengira tahanan mereka, dan tidak menyimpak rekod mengenai beberapa dozen yang lepas lari.

Kemudahan ini mempunyai terlalu ramai tahanan dan terlalu sedikit pengawal. Latihan bagi pengawal tidak mencukupi, dan penyelia tidak membuat lawatan ke kemudahan ini secara sendiri. Pegawai tinggi tentera bertelagah samaada polis tentera atau perisik tentera sepatutnya berkuasa. Layanan tahanan berbeza antara giliran dan kawasan penjara. Laporan Taguba juga menuduh pegawai perisik dan anggota Kompeni Polis Tentera 372 "372nd Military Police Company", yang bertanggung jawab dalam keselamatan, terbabit dalam penderaan direkodkan.

Berlawanan dengan peraturan Tentera, komander membenarkan pegawai perisik untuk menggunakan polis tentera untuk "loosen up" (melemahkan) tahanan sebelum soal siasat. Pada masa laporan Taguba siap, 17 tentera dan pegawai, termasuk Brigadier General Janis Karpinski, dibebaskan dari bertugas. Enam tentera menghadapi perbicaraan tentera "courts-martial" dan kemungkinannya dipenjara disebabkan oleh peranan mereka dalam kejadian tersebut.

Tuduhan terhadap mereka termasuk cuai dalam tugas, salah layanan, serangan menyebabkan kecederaan "aggravated assault" dan memukul "battery". (***)

Tidak ada komentar: